Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
CERAMAH MOTIVASI TAHUN ENAM 2018

31 Mei 2018 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri dengan kerjasama PIBG SK Intan Baiduri telah mengadakan satu sesi Ceramah Motivasi untuk murid tahun 6 sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi diri serta menjana pekerti mulia dalam kalangan murid di sekolah.

Motivasi ini menekankan tentang kepentingan meningkatkan semangat juang yang tinggi bagi persediaan murid untuk menghadapi UPSR kelak. Penceramah luar yang dijemput untuk mengendalikan sesi selama 2 jam ini adalah Encik Afif Aqil bin Azlan dari Mend Training Motivation.


 

 

YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria juga turut hadir untuk menyampaikan cenderhati kepada penceramah.

Semoga dengan usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Intan Baiduri serta PIBG SK Intan Baiduri mengadakan sesi berterusan sebegini dapat membantu anak-anak SK Intan Baiduri supaya sentiasa peka dan bersemangat membuat persiapan untuk kecemerlangan diri sendiri jua.


MESYUARAT AJK PIBG SESI 2018/2019 KALI KE-2

26 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 untuk kali ke 2. Mesyuarat yang bermula pada pukul 12.00 tengahari telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Intan Baiduri dengan kehadiran 12 / 18 ahli jawatankuasa (cukup korum).

Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri merangkap penasihat, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad, GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan Binti Mahmud, GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sakinah Binti Awang @ Umar, Juruaudit Guru, Cik Nur Hashimah Binti Muhd Hashim dan Juruaudit Ibu Bapa, Encik Azaham Bin Abbas. 

Seperti kebiasaan, agenda mesyuarat adalah pengesahan minit mesyuarat yang lepas serta laporan kewangan. Namun laporan kewangan ditangguhkan kerana Bendahari baru menerima penyerahan tugas dokumentasi pada minggu sebelumnya dan perlukan masa untuk menyemak semula. YDP PIBG, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria juga telah membentangkan  laporan aktiviti yang melibatkan PIBG secara langsung atau tidak langsung selepas mesyuarat pertama 30 Mac 2018 sehingga 25 Mei 2018 dan program takwim sehingga penghujung Julai. Mesyuarat juga meluluskan bajet untuk 2 program unit kaunseling.

Merujuk kepada beberapa usul atau cadangan yang dikemukakan oleh ahli PIBG semasa Mesyuarat Agung tempohari mengenai masalah lalulintas dan keselamatan murid sewaktu datang dan balik, satu Jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Laluan Alternatif Taman Intan Baiduri (LATIB) telah ditubuhkan dan diketuai oleh NYDP PIBG, Encik Azamudin Bin Zainudin. Jawatankuasa LATIB ini akan mengkaji samada boleh dibuat laluan alternatif antara SK Intan Baiduri dan SK St Mary yang menembusi Jalan MRR2.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang sehingga tarikh mesyuarat ke 3 pada 28 Julai 2018.


PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 :
SESI 6 - TENAGA MEKANIKAL - DAYA & TEKANAN

26 Mei 2018 - Hari ini merupakan sesi terakhir Program Akademik Mentor Mentee UTM @ SK Intan Baiduri (dibawah inisiatif National STEM Movement) dimana murid tahun 4 di mentor dalam matapelajaran Matematik, manakala murid tahun 5 di mentor dalam matapelajaran Sains. Aktiviti selingan atau hands-on yang terakhir pula adalah bertajuk Tenaga Mekanikal - Daya & Tekanan dan ianya diketuai oleh Prof Madya Dr. Morina Abdullah. 


 

 

Pada majlis penutup, secara keseluruhannya melalui pemerhatian, Ketua Penyelaras SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Ketua Penyelaras Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Sathiabama T. Thirugnana telah merumuskan bahawa terdapat perubahan sikap dan kecenderungan para murid untuk belajar dan lebih memahami secara kreatif dan luar kotak. Ini adalah hasil daripada cara pembawakan para mentor masing-masing yang menyampaikan pembelajaran dengan gaya santai dan 'fun learning'. Kemungkinan juga faktor perbezaan umur antara mentor mentee yang tidak terlalu jauh dan mentee menganggap mentor sebagai role model yang dicontohi.

Walaubagaimanapun, pelaporan terakhir akan dikemaskini oleh pihak UTM pada masa terdekat untuk dijadikan rujukan dan penanda aras bagi pelaksanaan program seumpama pada masa hadapan.


 

 

 

Turut hadir pada majlis penutup adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria dan Pengurus Besar BRAINet (M) Sdn Bhd, Encik Chan Chon How.

Pentadbiran SK Intan Baiduri dan PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pentadbir, pensyarah dan pelajar UTM kerana telah sudi meluangkan masa mereka untuk kecemerlangan murid SK Intan Baiduri. Tak lupa juga kepada guru SK Intan Baiduri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan keenam - enam sesi berjalan lancar.


 

 


Walaupun ini adalah Program Mentor Mentee UTM yang pertama untuk sekolah rendah, penghasilan pada penghujung program menunjukkan impak yang amat tinggi kepada hampir 160 murid SK Intan Baiduri. Ini menepati usaha PIBG SK Intan Baiduri untuk memastikan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah (JERIS) anak - anak SK Intan Baiduri adalah seimbang dan dapat mewujudkan Keberhasilan Diri yang tinggi.



Semoga kerjasama yang telah terjalin erat antara UTM dan SK Intan Baiduri ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  

PERJUMPAAN PERTAMA IBU BAPA MURID
PERTANDINGAN ROBOTIK 2018

26 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsung perjumpaan pertama antara PIBG SK Intan Baiduri dan Penyelaras Robotik SK Intan Baiduri dengan para ibu bapa murid yang telah dipilih untuk menyertai 2 pertandingan robotik bagi tahun 2018 iaitu PETROSAINS RBTX Challenge dan CHUMBAKA Junior Innovate Competition.


 

Buat pertama kalinya, sekolah telah mengambil inisiatif untuk mula memberi pendedahan dengan menghantar murid tahun 4 hingga 6 untuk menyertai pertandingan seumpamanya, maka bersesuaian dengan pendidikan alaf ke 21 dimana pelibatan ibu bapa amat penting bagi memastikan terdapat dorongan dan sokongan untuk anak-anak mereka berdaya maju. 

Terdapat 3 pasukan telah didaftarkan dalam pertandingan PETROSAINS RBTX Challenge yang akan berlangsung pada bulan Julai, manakala 5 pasukan telah didaftarkan dalam pertandingan CHUMBAKA Junior Innovate Competition yang akan berlangsung pada bulan September. Setiap pasukan mempunyai 2 ahli.

Turut hadir dalam perjumpaan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Penyelaras Persatuan STEM SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Penyelaras Makmal Komputer, Cikgu Nur Hashimah binti Muhd Hashim.

Alhamdulillah, perjumpaan yang berjalan mulai pukul 9.30 pagi telah berlangsung hampir 1 jam 30 minit dengan ibu bapa amat aktif mendengar penerangan dan adanya soaljawab. Semoga dengan adanya kumpulan pertama perintis muda ini akan dapat membuahkan hasil yang cemerlang dan menjadi penanda aras untuk halatuju applikasi robotik di SK Intan Baiduri pada masa hadapan.

Info

Info