Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017
MAAF ZAHIR BATIN


PROGRAM ZERO SALAH LAKU (FASA 1)

21 Jun 2017 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Program Zero Salah Laku (fasa 1) di Dewan Intan Baiduri, SK Intan Baiduri. Program Zero Salah Laku diadakan dua kali setiap tahun untuk memberi ganjaran kepada murid-murid yang berdisiplin dan berperilaku baik. Pemilihan seramai 100 orang murid untuk fasa 1 dibuat oleh Guru-Guru Kelas dan ditapis oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Sakinah Binti Awang.

Penyampaian ganjaran berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Semoga dengan sumbangan PIBG ini dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan anak-anak yang holistik.

 

 

 
PELIBATAN PIBG SK INTAN BAIDURI DALAM 
PROGRAM KHATAM AL QURAN PPR INTAN BAIDURI

20 Jun 2017 - Pada hari ini, mulai pukul 5.30 petang, telah berlangsung Majlis Penutup Program Khatam Al-Quran yang diadakan di Surau Jumaat Al Hijrah PPR Intan Baiduri. Penganjuran oleh Jawatankuasa Surau ini disertai seramai 30 orang penduduk PPR Intan Baiduri sendiri.

Dengan 70% daripada ahli PIBG SK Intan Baiduri juga merupakan penduduk PPR Intan Baiduri, PIBG SK Intan Baiduri mengambil inisiatif untuk merapatkan silaturrahim dengan komuniti setempat. Sumbangan sebanyak RM300 telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria kepada Jawatankuasa Surau agar dapat menampung sebahagian daripada perbelanjaan program.

Semoga jalinan mesra ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara PIBG SK Intan Baiduri dan sekolah, dengan komuniti setempat.


Info

Info