Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali Pertama sesi 2016/2017



Surat Panggilan Program Induksi PIBG 2016/2017



SEMINAR PENJENAMAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2016, dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Auditorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL - Pada tarikh 2 Februari 2016, Unit Perhubungan dan Pendaftaran Sektor Pengurusan Sekolah JPWPKL telah menganjurkan program sehari iaitu SEMINAR PENJENAMAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2016, dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa Ybhg. Datuk Hj Astaman bin Abdul Aziz pada pukul 9.30 pagi dengan pengisian majlis dibuat dalam 5 slot iaitu :

  • Slot 1 : Peranan & Cabaran PIBG Dalam Abad ke 21 oleh En. Amiruddin bin Sahudi
  • Slot 2 : Perkongsian Amalan Terbaik 1 oleh KPSK
  • Slot 3 : Perkongsian Amalan Terbaik 2 oleh KPSK
  • Slot 4 : Amanat dari Pengarah Pendidikan JPWPKL oleh Pn Hjh Foziah bt Buang
  • Slot 5 : Hasrat KPM Dalam Anjakan ke 9 PPPM 2013-2025 dari Pengarah BPSH, Ybhg. Dato' Abdullah bin Mad Yunus

Kehadiran amat menggalakkan dengan sejumlah 139 orang YDP atau wakil PIBG dari SK, SJKC, SJKT dan SMK seluruh Kuala Lumpur telah turut hadir. PIBG SKIB diwakili oleh YDP, En Zaifulsham Ahmad Zakaria.

Secara ringkasnya, JPWPKL menggalakkan PIBG untuk terus aktif dalam melibatkan ibu bapa, komuniti serta pihak swasta dalam membantu sekolah. Pada 2016, penetapan target KPI 1 adalah 75% manakala KPI 2 adalah 25%. JPWPKL akan sentiasa mengambil dasar terbuka dalam membantu PIBG untuk mencapai target  yang ditetapkan. KPSK juga akan turut menambah jurulatih sarana dalam menyampaikan maklumat KPM kepada ibu bapa.

Pada penghujung majlis, Ybhg. Dato' Abdullah bin Mad Yunus telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada KPSK-KPSK yang telah mencetus dan menggerakkan program sulung ini dengan jayanya.

Majlis berakhir pada pukul 5 petang.
MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6

Dewan Intan Baiduri - Sebaik sahaja Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 tamat, Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 telah berlangsung pada pukul 11.00 pagi dan telah di moderator oleh Cikgu Rohayati Ghazali.

Aturcara dimulakan dengan pemberian keputusan Ujian Pengesanan murid kepada ibu bapa masing-masing. Ianya untuk menilai kemampuan murid selepas kembali ke sekolah. Melalui keputusan tersebut, pihak sekolah telah mengambil inisiatif merangka beberapa program sepanjang tahun untuk menyusun kembali kebersediaan setiap murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 5hb September 2016. Para ibu bapa yang hadir juga telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM200 untuk setiap murid agar program yang dirancangkan boleh berjalan lancar.

 

 Sebelum itu, Yang DiPertua PIBG, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memaklumkan kepada para ibu bapa bahawa mereka perlu bersedia kepada 2 cabaran. Yang pertama adalah format UPSR yang baharu serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam sekolah yang mengikuti Dual Language Programme (DLP). Oleh itu, ibu bapa perlu lebih aktif dalam melibatkan diri dalam program-program yang telah dirancangkan untuk anak mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam menghadapi pancaroba pendidikan.


PIBG juga turut berkerjasama dengan Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin Sentul, LA21 DBKL serta Yayasan Bank Rakyat dalam memberi program-program luaran untuk murid-murid tahun 6. Ibu bapa telah digalakkan untuk membuka akaun Bank Rakyat dimana kaunter sementara telah dibuka dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Selayang. Dengan pembukaan akaun itu, murid-murid akan mendapat akses kepada program e-bandaraya serta program-program motivasi secara percuma.


Satu lagi program yang diperkenalkan pada ibu bapa adalah Program i-Learn dari Sasbadi. En Deen Yusoff telah membuat pembentangan bagaimana Program i-Learn ini dapat dimanfaatkan oleh murid serta ibu bapa dalam mengatur pembelajaran mereka.

Majlis ini telah berakhir pada pukul 1.30 tengahari.


Fotografi oleh Cikgu Adeline Cheng

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKIB kali ke 14

Dewan Intan Baiduri - Pada 30hb Januari 2016, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14. Aturcara telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga, Guru dan Tetamu Jemputan. Seramai 125 orang ahli telah berdaftar manakala 14 orang tetamu telah turut serta.

Sambil menunggu kedatangan Perasmi, majlis telah dimulai dengan penerangan inovasi untuk kanak-kanak oleh Konsultan Pendidikan, En AG Walid dari TrueAducation. Syarikat beliau menggalakkan pemikiran secara kreatif dan penggunaan alat-alat harian dalam bentuk seni dan pendidikan.

Tepat pukul 9.00 pagi, ketibaan tetamu jemputan merangkap perasmi majlis iaitu Pn Hjh Noorlia Bt Arshad, Penolong Pegawai Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan diiringi oleh Guru Besar, GPK-GPK serta Yang DiPertua PIBG.


 Selepas bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azwadi, Tn Hj Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri, telah memberi sepatah dua kata alu-aluan kepada semua hadirin mengenai pencapaian murid-murid serta pentingnya ibu bapa untuk turut bersama membantu sekolah. Ianya disokong oleh Pn Hjh Noorlia yang turut mengolahkan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam keberhasilan murid, guru, sekolah serta ibu bapa. Pada penghujung ucapan, beliau dengan berbesar hati merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14.


Aturcara seterusnya adalah perasmian blog Sekolah (skintanbaiduri.blogspot.my) dan blog PIBG (skintanbaiduripibg.blogspot.my), Penyampaian Cenderhati kepada Murid Cemerlang UPSR 2015 (5A - 4 murid dan 4A - 9 murid), Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2015/16, Penyampaian Cenderahati kepada YDP daripada pihak sekolah, Penyampaian Anugerah PIBG serta Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi.




Majlis Perasmian telah bersambung kepada Agenda ke 2 iaitu Agenda Mesyuarat Agung kali ke 14.

Yang DiPertua PIBG sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memulakan agenda seterusnya dengan memberi ucapan alu-aluan serta penerangan akan perjalanan PIBG bagi sesi 2015/16. Selepas ucapan ringkas, agenda diteruskan dengan aturcara yang telah disusunkan.



 


 


Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung kali ke 14 telah berlangsung dengan lancarnya. Sebarang pertanyaan atau cadangan telah diulas oleh ahli jawatankuasa dan ahli-ahli berpuas hati dengan prestasi ahli jawatankuasa sehingga mengusulkan ahli jawatankuasa yang sedia ada dikekalkan.

Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Fotografi oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info