Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PELANCARAN TERIMA KASIH CIKGU
PERINGKAT KEBANGSAAN 
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2018

23 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfield. Program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan (KPIBKK) telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir bin Khalid.





SK Intan Baiduri telah diwakili oleh Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. SK Intan Baiduri juga turut menyumbang Kek Pulut Kuning untuk kelancaran gimik majlis. Kek tersebut adalah hasil kerjatangan ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK Intan Baiduri iaitu Puan Suhaila binti Musa.


 

 

Semoga dengan sumbangan yang diberi menandakan penghargaan para ibu bapa SK Intan Baiduri atas jasa guru SK Intan Baiduri khasnya dan seluruh Malaysia amnya, dimana jasa mereka akan tetap dikenang selama-lamanya.


PROGRAM CUTI SEKOLAH SERAMBI ILMU RAKYAT (SIR) :
BENGKEL ROBOTIK LA21KL

20 Mac 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program Cuti Sekolah SIR : Bengkel Robotik LA21KL di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfield. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang ini, dianjur oleh Yayasan Bank Rakyat bersama dengan LA21KL yang mengumpulkan 4 sekolah iaitu SK Intan Baiduri, SK Sentul 1, SK Sentul 2 dan SK Seri Perak.

SK Intan Baiduri telah diwakili oleh 8 murid tahun 6 yang juga merupakan peserta e-KL 2018. Mereka ini diiringi oleh guru pengiring Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar dan Cikgu Masnita Binti Md Ghouse.

Semoga dengan pendedahan ini, meningkatkan keyakinan murid SK Intan Baiduri untuk berkomunikasi dengan murid sekolah lain serta berupaya bekerjasama dan bertukar ilmu pengetahuan dalam kumpulan.

 

 

 
BENGKEL MATEMATIK BERSAMA CIKGU HALIMI

18 Mac 2018 - Buat julung kalinya, PIBG SK Intan Baiduri telah menganjurkan Bengkel Matematik bersama Cikgu Halimi untuk ibu bapa dan murid tahun 5 dan 6. Bengkel yang diadakan mulai 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi ini telah mendapat sambutan hampir 50 peserta menyebabkan lokasi bengkel terpaksa dipinda dari Bilik Media ke Dewan SK Intan Baiduri.

 

 

Antara pencerahan yang diberikan dalam 90 minit tersebut, para peserta telah mengikuti pembelajaran 4 Operasi iaitu Campur, Tolak, Darab dan Bahagi serta 3 P iaitu Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Untuk mengukuhkan pemahaman, Cikgu Halimi turut memperkenalkan teknik Kawan 10, Kekisi, 1248 dan Kotak. Disamping itu, tips menjimatkan masa semasa menjawab soalan sewaktu peperiksaan juga telah didedahkan agar anak-anak pandai menggunakan masa yang terhad dengan lebih produktif.

Semoga dengan usaha pibg ini dapat membantu ibu bapa dalam persediaan peperiksaan anak-anak mereka serta memberi keyakinan kepada anak-anak untuk menjawab soalan dengan tepat dan cemerlang.


SUMBANGAN 30 AKAUN PORTAL ILEARNACE SASBADI
OLEH YAYASAN BANK RAKYAT

15 Mac 2018 - Untuk tahun keempat berturut-turut, Yayasan Bank Rakyat telah sudi untuk menyumbangkan sebanyak 30 akaun portal ILearnAce Sasbadi kepada murid tahun 6 SK Intan Baiduri. Akaun yang telah diterima ini akan diedar secepat mungkin agar murid tahun 6 dapat membuat ulangkaji semasa cuti sekolah yang akan bermula lusa ini.


Dengan sumbangan akaun yang berharga RM385 per akaun yang memberi jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM11,550 akan dapat membantu persediaan pengajaran dan pembelajaran guru kepada murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat kerana sentiasa sudi menyokong dan membantu. Semoga dengan sumbangan ini dapat mempelbagaikan lagi usaha guru untuk memastikan kecemerlangan anak-anak SK Intan Baiduri jua.
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
KELAB TAEKWANDO SK INTAN BAIDURI 

11 Mac 2018 - Satu perjumpaan antara PIBG SK Intan Baiduri, yang diwakili oleh YDP, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria dengan ibu bapa kepada murid yang menjadi ahli Kelab Taekwando SK Intan Baiduri telah diadakan pada pagi ini. 

Di perjumpaan santai ini, YDP telah menerangkan kenapa Kelab Taekwando perlu diletakkan dibawah seliaan PIBG dan juga perancangan-perancangan yang boleh dibuat untuk Kelab Taekwando yang telah bertapak lebih daripada 10 tahun.

Hasil daripada persetujuan semua, Encik Roslan Bin Kamaruzaman telah dipilih sebagai Ketua Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Kelab manakala Penolong Ketua adalah Puan Wan Rosni Binti Wan Abd Aziz.

Untuk makluman, ahli Kelab Taekwando SK Intan Baiduri terkini adalah seramai 18 murid dan dilatih oleh Sir Fauzan dari TEMATA. Latihan dibuat pada hari Ahad, dari pukul 8.00 pagi sehingga 9.30 pagi di dewan sekolah. Sebarang persoalan mengenai pendaftaran boleh hubungi terus Sir Fauzan di no tel 017-2022868.

Semoga dengan adanya pelibatan bersepadu antara PIBG SK Intan Baiduri, KSIB Kelab Taekwando SK Intan Baiduri, pentadbiran sekolah SK Intan Baiduri dan TEMATA dapat mengukuh serta menaikkan nama Kelab Taekwando SK Intan Baiduri di sekolah khasnya dan komuniti persekitaran amnya. 


 

PROGRAM AKADEMIK MENTOR MENTEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2018 : SESI 2 - ASK DR CONCRETE

10 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung sesi ke 2 daripada 6 sesi Program Akademik Mentor Mentee Universiti Teknologi Malaysia 2018. Seperti sesi pertama, murid tahun 4 dan tahun 5 telah di asingkan mengikut kumpulan untuk sesi pembelajaran Matematik (Tahun 4) dan Sains (Tahun 5).

Bagi aktiviti ceramah kali ini, sekumpulan 2 pensyarah dan 8 fasilitator yang diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Syuhaida Ismail telah hadir untuk mengadakan bengkel 'Ask Dr Concrete'. Dapat dilihat bengkel ini berjaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh PIBG SK Intan Baiduri dimana penyampaiannya begitu interaktif dan menimbulkan sifat ingin tahu pada setiap murid-murid kerana ianya merangkumi aktiviti penerangan, demonstrasi serta kerja tangan.

 

 

 

 

 

 

Pada akhir sesi, Guru Besar SK Intan Baiduri telah menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap pensyarah dan fasilitator 'Ask Dr Concrete'.

 

Semoga dengan sesi ke 2 ini dapat menarik minat kepada murid-murid untuk terus hadir pada 4 sesi lagi.

* Sesi kecil gotong royong mengecat dinding belakang dewan turut diadakan dengan guru dan ibu bapa.

 

 
KELAB TAEKWANDO SK INTAN BAIDURI

9 Mac 2018 - Satu pertemuan antara TEMATA yang diwakili oleh Sir Fauzan dan PIBG SK Intan Baiduri yang diwakili oleh YDP PIBG, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria telah dibuat pada pagi ini di Bilik Guru Besar SK Intan Baiduri. Dengan pertemuan ini, Kelab Taekwando SK Intan Baiduri kini berada di bawah seliaan PIBG SK Intan Baiduri.

Pertemuan ini turut disaksikan oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad dan GPK Kokurikulum, Puan Kasmah Binti Ismail.


Semoga dengan adanya persefahaman ini membolehkan PIBG SK Intan Baiduri membantu menambahkan lagi aktiviti luaran sekolah, untuk murid SK Intan Baiduri juga.  
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

9 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah SK Intan Baiduri. Program ini diadakan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah seperti menyambut kedatangan murid di pintu masuk sekolah pada setiap pagi. Untuk memeriahkan lagi majlis, PIBG SK Intan Baiduri turut menjemput Rohana @ Ana Solehah dari Ana Muslim Sdn Bhd.

 

 

Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Intan Baiduri telah dimulakan dengan bacaan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad. Kemudian, kuiz diadakan untuk mengukur tahap kefahaman murid akan perutusan tersebut dengan setiap jawapan betul akan diberikan hadiah yang disumbangkan oleh Jabatan Komunikasi.

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran iaitu kemunculan Ana Solehah setelah mendengar panggilan dari guru sekolahnya. Ana juga turut menyampaikan kata-kata motivasi menggalakkan murid-murid untuk sentiasa hadir ke sekolah dan menyayangi guru mereka. Ana turut juga menyumbang buku bacaan bernilai RM300.00 kepada Pusat Sumber Sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama guru-guru dan murid-murid mengikut kelas.

Turut hadir adalah YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Terima kasih juga diucapkan kepada Milo yang turut hadir untuk mengagihkan air minuman milo pada semua yang hadir.

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info