Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SOKONGAN KOMUNITI : KUNJUNGAN HORMAT
PENSYARAH UTM RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING
AND ADVANCED TECHNOLOGY

27 Disember 2017 - Pada pagi ini, SK Intan Baiduri telah menerima kunjungan hormat daripada 3 orang Pensyarah UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology. Rombongan yang diketuai oleh Dr. Sathiabama A/P Thirugnana, turut disertai oleh Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot dan Dr. Nurul Huda Binti Ahmad. Turut hadir adalah 3 orang wakil daripada BRAINet (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Chan Chon How.

Rombongan telah disambut oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Turut hadir Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar, Ketua Panitia Matematik, Cikgu Mohd Halimi Bin Dalep dan Jawatankuasa Induk PIBG.

Lawatan hampir 3 jam tersebut merangkumi lawatan ke Makmal Tenaga Hijau dan seterusnya perbincangan akan program kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi tahun 2018. 

 

 

Alhamdulillah, rumusan daripada perbincangan, UTM telah bersetuju untuk menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Rintis Sekolah Rendah dalam Program Mentor Mentee 2018. Seramai 30 pelajar ijazah tahun 2 dan tahun 3 UTM akan menjadi Mentor kepada 90 murid (tahun 4 - 6) SK Intan Baiduri dengan penekanan kepada pembelajaran Sains dan Matematik.

Semoga murid terpilih ini akan menjadi pembimbing kepada rakan sebaya mereka agar dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi untuk kecemerlangan semua.
TAHNIAH CIKGU IZZUDDIN BIN M. SUKREY

2 Disember 2017 - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Izzuddin Bin M. Sukrey, juga merangkap Bendahari PIBG SK Intan Baiduri kerana telah melangsungkan Majlis Perkahwinannya pada hari ini dengan pasangan pilihannya Puan Nur Farah Syafiqah Binti Mohamad Fu'ad di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

PIBG SK Intan Baiduri mendoakan selamat menempuh kehidupan baru dan semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Amin.

Info

Info