Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KEMPEN PERANGI PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT
OLEH PHARMANIAGA BERHAD

14 Ogos 2018 - Terima kasih diucapkan kepada Pharmaniaga Berhad kerana telah menaja Hand Sanitizer kepada SK Intan Baiduri dalam Kempen Perangi Penyakit Tangan Kaki dan Mulut.
 

Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria telah sudi mewakili sekolah dalam menerima sumbangan Pharmaniaga berbentuk Hand Sanitizer.

Sumbangan tersebut kemudian disampaikan pada GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sakinah binti Awang @ Umar untuk edaran dan digunakan pada murid-murid SK Intan Baiduri. Guru Pra sekolah juga telah mengambil peluang untuk memberi kesedaran pencegahan kepada anak muridnya akan cara penggunaan Hand Sanitizer serta langkah awal kesihatan mengenai bahayanya HFMD.  

 

 
PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR 
ANJURAN LA21KL, YAYASAN BANK RAKYAT DAN MUAFAKAT SENTUL

12 Ogos 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Program sehari Pecutan Akhir UPSR untuk murid Tahun 6 anjuran LA21KL, Yayasan Bank Rakyat dan Muafakat Sentul di Dewan SMK Sentul Utama. Aktiviti untuk sekolah dibawah Program e-KL ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan pengisian tertumpu kepada subjek Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. SK Intan Baiduri telah menghantar seramai 30 orang murid. 

 

 


Semoga peluang yang diberikan kepada murid ini dapat membantu mereka dalam persediaan peperiksaan UPSR 2018 yang akan diadakan pada bulan September nanti.
TAHNIAH KEPADA PERSATUAN STEM SK INTAN BAIDURI 
KERANA MEMBAWA KEJAYAAN PADA 
PERTANDINGAN YOUNG SCIENTISTS GREEN HOME

12 Ogos 2018 - Tahniah kepada Persatuan STEM SK Intan Baiduri yang dikendalikan oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar kerana telah memenangi Johan dan Naib Johan Keseluruhan serta Persembahan Terbaik bagi kategori Tahap 2 pada Pertandingan Young Scientists Green Home yang telah diadakan di SJKC Kung Man, Serdang Selangor.

 

 

SK Intan Baiduri telah menghantar 3 pasukan yang terdiri daripada 6 orang murid tahun 4 dan 5. Pertandingan tersebut telah dihadiri 6 lagi sekolah SJKC dari Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.

Turut hadir memberi sokongan adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir serta ibu bapa peserta.


 

 

 

 

 

Kejayaan yang dicapai turut juga disiarkan dalam 2 suratkhabar berbahasa Cina.

 

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan masa hadapan.


KEMPEN HOUR OF CODE 2018 
DIBAWAH KELAB KOMPUTER SK INTAN BAIDURI

3 Ogos 2018 - Tahniah kepada Kelab Komputer SK Intan Baiduri kerana telah berjaya menggalakkan murid untuk menyertai Kempen Hour of Code 2018 yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.


 

 

 

 

 

Kempen yang dikendalikan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud, serta Guru Penyelaras Cikgu Nur Hashimah binti Muhd Hashim dan Cikgu Mohd Fadzli bin Abdul Manan telah mendapat sambutan seramai 150 orang murid. Dijalankan di Makmal Komputer sekolah,murid-murid telah diberi masa yang cukup untuk menamatkan aktiviti 'coding' Flappy Bird (10 level) dan Angry Birds (20 level) yang disediakan secara online.

Semoga dengan adanya kempen kesedaran ini akan meningkatkan minat murid dalam bidang teknologi maklumat dan membudayakan amalan 'coding' dikalangan mereka.
PERSIAPAN MENGUBAH SEBUAH BILIK MENJADI 
HAB DIGITAL MAKER TELAH BERMULA

2 Ogos 2018 - Hari ini telah bermulanya persiapan untuk mengubah sebuah bilik sekolah untuk dijadikan Hab Digital Maker @ SK Intan Baiduri dibawah tajaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama sokongan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.


 

 

 

 

Pada 17 Mei 2018, SK Intan Baiduri telah terpilih dalam 20 sekolah seluruh Malaysia untuk dijadikan Hab #MyDigitalMaker Champion School. Pemilihan ini dibuat atas keberadaan sekolah dan PIBG SK Intan Baiduri yang telah membawa banyak program-program berunsur STEM untuk warga SK Intan Baiduri dan komuniti persekitaran sejak tahun 2016 lagi.

Pelancaran Hab Digital Maker @ SK Intan Baiduri ini dijangka akan diadakan pada 10 November 2018 sempena Karnival STREAM 2018 dan sambutan Hari Sains Sedunia.

Semoga dengan adanya hab terbaharu ini akan dapat menjadi penanda aras kepada SK Intan Baiduri sebagai sekolah rujukan pembelajaran dan pengajaran alaf ke 21.
SK INTAN BAIDURI NAIB JOHAN
KATEGORI MUSOLLA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI WPKL 2018

2 Ogos 2018 - Tahniah diucapkan kepada SK Intan Baiduri dan Panitia Pendidikan Islam kerana telah dipilih sebagai Naib Johan Kategori Musalla Sekolah Rendah Peringkat Negeri WPKL 2018.


 
PROGRAM MOTIVASI UPSR SIRI 3

1 - 3 Ogos 2018 - Selama 3 hari berturut-turut, Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 SK Intan Baiduri bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah berjaya mengadakan Program Motivasi UPSR Siri 3 di Dewan Intan Baiduri, SK Intan Baiduri.

Program yang dianjurkan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan turut mendapat sokongan daripada PIBG SK Intan Baiduri dimana pada pagi hari pertama, penceramah luar Encik Irman Shah bin Azhar dijemput bagi menyuntik kesedaran kepada murid akan kepentingan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Turut diadakan pada waktu petang adalah aktiviti mandian herba yang terbukti tahun-tahun sebelum ini  telah meningkatkan sahsiah murid agar lebih cemerlang.


 

 

  

  

 

 

 

 

Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria dan GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud yang sudi menyampaikan cenderhati kepada penceramah.

Semoga program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang untuk kecemerlangan Keberhasilan Anak-Anak SK Intan Baiduri. 

Info

Info