Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6

Dewan Intan Baiduri - Sebaik sahaja Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 tamat, Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 telah berlangsung pada pukul 11.00 pagi dan telah di moderator oleh Cikgu Rohayati Ghazali.

Aturcara dimulakan dengan pemberian keputusan Ujian Pengesanan murid kepada ibu bapa masing-masing. Ianya untuk menilai kemampuan murid selepas kembali ke sekolah. Melalui keputusan tersebut, pihak sekolah telah mengambil inisiatif merangka beberapa program sepanjang tahun untuk menyusun kembali kebersediaan setiap murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 5hb September 2016. Para ibu bapa yang hadir juga telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM200 untuk setiap murid agar program yang dirancangkan boleh berjalan lancar.

 

 Sebelum itu, Yang DiPertua PIBG, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memaklumkan kepada para ibu bapa bahawa mereka perlu bersedia kepada 2 cabaran. Yang pertama adalah format UPSR yang baharu serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam sekolah yang mengikuti Dual Language Programme (DLP). Oleh itu, ibu bapa perlu lebih aktif dalam melibatkan diri dalam program-program yang telah dirancangkan untuk anak mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam menghadapi pancaroba pendidikan.


PIBG juga turut berkerjasama dengan Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin Sentul, LA21 DBKL serta Yayasan Bank Rakyat dalam memberi program-program luaran untuk murid-murid tahun 6. Ibu bapa telah digalakkan untuk membuka akaun Bank Rakyat dimana kaunter sementara telah dibuka dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Selayang. Dengan pembukaan akaun itu, murid-murid akan mendapat akses kepada program e-bandaraya serta program-program motivasi secara percuma.


Satu lagi program yang diperkenalkan pada ibu bapa adalah Program i-Learn dari Sasbadi. En Deen Yusoff telah membuat pembentangan bagaimana Program i-Learn ini dapat dimanfaatkan oleh murid serta ibu bapa dalam mengatur pembelajaran mereka.

Majlis ini telah berakhir pada pukul 1.30 tengahari.


Fotografi oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info