Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKIB kali ke 14

Dewan Intan Baiduri - Pada 30hb Januari 2016, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14. Aturcara telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga, Guru dan Tetamu Jemputan. Seramai 125 orang ahli telah berdaftar manakala 14 orang tetamu telah turut serta.

Sambil menunggu kedatangan Perasmi, majlis telah dimulai dengan penerangan inovasi untuk kanak-kanak oleh Konsultan Pendidikan, En AG Walid dari TrueAducation. Syarikat beliau menggalakkan pemikiran secara kreatif dan penggunaan alat-alat harian dalam bentuk seni dan pendidikan.

Tepat pukul 9.00 pagi, ketibaan tetamu jemputan merangkap perasmi majlis iaitu Pn Hjh Noorlia Bt Arshad, Penolong Pegawai Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan diiringi oleh Guru Besar, GPK-GPK serta Yang DiPertua PIBG.


 Selepas bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azwadi, Tn Hj Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri, telah memberi sepatah dua kata alu-aluan kepada semua hadirin mengenai pencapaian murid-murid serta pentingnya ibu bapa untuk turut bersama membantu sekolah. Ianya disokong oleh Pn Hjh Noorlia yang turut mengolahkan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam keberhasilan murid, guru, sekolah serta ibu bapa. Pada penghujung ucapan, beliau dengan berbesar hati merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14.


Aturcara seterusnya adalah perasmian blog Sekolah (skintanbaiduri.blogspot.my) dan blog PIBG (skintanbaiduripibg.blogspot.my), Penyampaian Cenderhati kepada Murid Cemerlang UPSR 2015 (5A - 4 murid dan 4A - 9 murid), Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2015/16, Penyampaian Cenderahati kepada YDP daripada pihak sekolah, Penyampaian Anugerah PIBG serta Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi.




Majlis Perasmian telah bersambung kepada Agenda ke 2 iaitu Agenda Mesyuarat Agung kali ke 14.

Yang DiPertua PIBG sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memulakan agenda seterusnya dengan memberi ucapan alu-aluan serta penerangan akan perjalanan PIBG bagi sesi 2015/16. Selepas ucapan ringkas, agenda diteruskan dengan aturcara yang telah disusunkan.



 


 


Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung kali ke 14 telah berlangsung dengan lancarnya. Sebarang pertanyaan atau cadangan telah diulas oleh ahli jawatankuasa dan ahli-ahli berpuas hati dengan prestasi ahli jawatankuasa sehingga mengusulkan ahli jawatankuasa yang sedia ada dikekalkan.

Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Fotografi oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info