Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERJUMPAAN PERTAMA IBU BAPA MURID
PERTANDINGAN ROBOTIK 2018

26 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsung perjumpaan pertama antara PIBG SK Intan Baiduri dan Penyelaras Robotik SK Intan Baiduri dengan para ibu bapa murid yang telah dipilih untuk menyertai 2 pertandingan robotik bagi tahun 2018 iaitu PETROSAINS RBTX Challenge dan CHUMBAKA Junior Innovate Competition.


 

Buat pertama kalinya, sekolah telah mengambil inisiatif untuk mula memberi pendedahan dengan menghantar murid tahun 4 hingga 6 untuk menyertai pertandingan seumpamanya, maka bersesuaian dengan pendidikan alaf ke 21 dimana pelibatan ibu bapa amat penting bagi memastikan terdapat dorongan dan sokongan untuk anak-anak mereka berdaya maju. 

Terdapat 3 pasukan telah didaftarkan dalam pertandingan PETROSAINS RBTX Challenge yang akan berlangsung pada bulan Julai, manakala 5 pasukan telah didaftarkan dalam pertandingan CHUMBAKA Junior Innovate Competition yang akan berlangsung pada bulan September. Setiap pasukan mempunyai 2 ahli.

Turut hadir dalam perjumpaan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Penyelaras Persatuan STEM SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar dan Penyelaras Makmal Komputer, Cikgu Nur Hashimah binti Muhd Hashim.

Alhamdulillah, perjumpaan yang berjalan mulai pukul 9.30 pagi telah berlangsung hampir 1 jam 30 minit dengan ibu bapa amat aktif mendengar penerangan dan adanya soaljawab. Semoga dengan adanya kumpulan pertama perintis muda ini akan dapat membuahkan hasil yang cemerlang dan menjadi penanda aras untuk halatuju applikasi robotik di SK Intan Baiduri pada masa hadapan.

Info

Info