Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MESYUARAT AJK PIBG SESI 2018/2019 KALI KE-2

26 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 untuk kali ke 2. Mesyuarat yang bermula pada pukul 12.00 tengahari telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Intan Baiduri dengan kehadiran 12 / 18 ahli jawatankuasa (cukup korum).

Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri merangkap penasihat, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad, GPK Tadbir & Kurikulum, Puan Norizan Binti Mahmud, GPK Hal Ehwal Murid, Puan Sakinah Binti Awang @ Umar, Juruaudit Guru, Cik Nur Hashimah Binti Muhd Hashim dan Juruaudit Ibu Bapa, Encik Azaham Bin Abbas. 

Seperti kebiasaan, agenda mesyuarat adalah pengesahan minit mesyuarat yang lepas serta laporan kewangan. Namun laporan kewangan ditangguhkan kerana Bendahari baru menerima penyerahan tugas dokumentasi pada minggu sebelumnya dan perlukan masa untuk menyemak semula. YDP PIBG, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria juga telah membentangkan  laporan aktiviti yang melibatkan PIBG secara langsung atau tidak langsung selepas mesyuarat pertama 30 Mac 2018 sehingga 25 Mei 2018 dan program takwim sehingga penghujung Julai. Mesyuarat juga meluluskan bajet untuk 2 program unit kaunseling.

Merujuk kepada beberapa usul atau cadangan yang dikemukakan oleh ahli PIBG semasa Mesyuarat Agung tempohari mengenai masalah lalulintas dan keselamatan murid sewaktu datang dan balik, satu Jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Laluan Alternatif Taman Intan Baiduri (LATIB) telah ditubuhkan dan diketuai oleh NYDP PIBG, Encik Azamudin Bin Zainudin. Jawatankuasa LATIB ini akan mengkaji samada boleh dibuat laluan alternatif antara SK Intan Baiduri dan SK St Mary yang menembusi Jalan MRR2.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang sehingga tarikh mesyuarat ke 3 pada 28 Julai 2018.


Info

Info