Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6

26 Januari 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6 bagi tahun 2018. Walaupun julung kali dibuat pada hari Jumaat, atas keprihatinan para ibu bapa tahun 6, sambutan  mereka untuk datang mendengar dan berbincang adalah yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya.

 

 

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa oleh adik Faris Hazmi Bin Khalid. Seterusnya, kata-kata aluan disampaikan oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria.

Seterusnya, para GPK dan Guru memberi taklimat akan perjalanan program dan peperiksaan tahun 6 serta penerangan mengenai Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang merangkumi UPSR, PBD, Psikometrik dan PAJSK.  Para hadirin juga telah bersetuju sebulat suara untuk menetapkan sumbangan ibu bapa tahun 6 bagi melancarkan program kecemerlangan PPSR sepanjang tahun 2018 sebanyak RM200 setiap murid.

 

Majlis ditamatkan dengan bacaan ikrar murid yang diketuai oleh adik Muhammad Alif Safwan Bin Azlan dan penggulungan dibuat oleh Guru Besar serta YDP PIBG. Seterusnya ibu bapa telah diberi keputusan Ujian Diagnostik serta peluang beramah mesra dengan guru tahun 6 dan pada yang layak, menerima Bantuan Awal Persekolahan.

Semoga dengan adanya permulaan yang amat baik ini akan menjadi pemacu dalam merapatkan silaturrahim antara ibu bapa dan sekolah untuk kecemerlangan kemenjadian anak-anak jua.

Info

Info