Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
BENGKEL ROKET AIR (PARACHUTE DAN TARGET) 2019

16 Februari 2019 - Kali ini, PIBG SK Intan Baiduri telah bergabung dengan Persatuan STEM SK Intan Baiduri mengadakan Bengkel Roket Air (Parachute dan Target) untuk mendedahkan pada murid bidang E (Engineering) di dalam S.T.R.E.A.M.. Program pertama PIBG SK Intan Baiduri bagi tahun 2019 ini dibuka untuk murid tahun 1 sehingga tahun 5. Namun murid tahun 6 terpaksa dikecualikan kerana mereka perlu menghadiri kelas tambahan. 
 

 

Walaupun masa teramat singkat, iaitu 5 hari sahaja untuk mempromosikan bengkel disebabkan pertembungan dengan cuti panjang Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina, sambutan amat menggalakkan  dengan penyertaan akhir 96 orang murid (walaupun had maksima yang diperlukan adalah 80 murid sahaja) dari tahun 1 sehingga tahun 5 yang membentuk 24 kumpulan, bahkan ada yang datang dari sekolah luar juga. Ini tidak termasuk juga keluarga murid terutama murid tahap 1, yang turut membantu dan memberi sokongan kepada anak mereka dan kumpulannya.


 

 

 

 

Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Muslim bin Hj Tamsir dari SK Tun Hussein Onn dan dibantu oleh Ketua  Panitia Sains SK Intan Baiduri, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru SK Intan Baiduri, AJK Ibu Bapa PIBG, alumni dan para ibu bapa kerana telah memastikan kelancaran bengkel. Terima kasih juga kepada team DRONSTA yang diketuai oleh Encik Anwar Muzhaffar Azman atas sokongan yang diberikan. Insyaallah bengkel seterusnya adalah Bengkel Dron yang dijangka diadakan pada 2 Mac 2019.


 

 

Untuk acara kemuncak, Yang Dipertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria telah sudi untuk memberi hadiah penghargaan kepada Cikgu Muslim dan 3 kumpulan pemenang yang mendapat markah terkumpul tertinggi dari dua pertandingan iaitu parachute dan target.

 

 


Info

Info