Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MESYUARAT AGUNG PIBG SK INTAN BAIDURI KALI KE 17 2019

23 Februari 2019 - Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Intan Baiduri kali ke 17 2019 yang diadakan di Dewan Seri Baiduri. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Pegawai Angkat PPD Sekolah,  Encik Wan Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah.

Pada kali ini, untuk mendukung hasrat PIBG membudayakan penggunaan digital dalam pengurusan pibg, maka Buku Mesyuarat AGM, Usul / Cadangan serta pendaftaran kehadiran telah dilakukan secara online. Terdapat juga beberapa kaunter pameran dibuka untuk mempamerkan bahan pembelajaran alaf 21 yang disediakan oleh PIBG untuk murid melalui pelaksanaan Bilik Hijau dan Bilik Biru. Dokumentasi aktiviti dan halatuju PIBG sejak tahun 2017 juga dipertontonkan kepada warga SK Intan Baiduri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi pertama iaitu perasmian telah bermula dengan ucapan aluan oleh Guru Besar baharu SK Intan Baiduri, Puan Hajah Norhayati binti Abd. Kadir dan diikuti oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria. Seterusnya Encik Wan Mohammad Hafizu telah menyampaikan ucapan serta merasmikan majlis. Encik Wan Mohammad Hafizu telah juga sudi untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Intan Baiduri sesi 2018-2019.

 

 

 

 

 

 

Selepas rehat, Mesyuarat Agung telah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Encik Zaifulsham . Alhamdulillah, mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Oleh kerana Encik Zaifulsham sudah tiada anak yang belajar di SK Intan Baiduri, maka beliau telah mengundurkan diri selepas berkhidmat sebagai YDP selama 5 tahun iaitu yang paling lama dalam sejarah sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Encik Zaifulsham atas kejayaan beliau meningkatkan Kemenjadian Murid dan Pemerkasaan Guru sehingga warga SK Intan Baiduri mendapat pelbagai pengiktirafan pada peringkat Kebangsaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan baharu yang dipimpin oleh Encik Lloyd Devan Wales dan Puan Azian binti Sumin sebagai Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua bagi sesi 2019-2020. Semoga PIBG SK Intan Baiduri terus sukses dan maju jaya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info