Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM TOD (Training Of Dutas)
PENGGERAK DIGITAL SIRI 1

12 Februari 2019 - Pada hari ini telah bermulanya Siri 1 - Program TOD (Training of Dutas) Penggerak Digital, Digital Maker Hub (DMH) @ SK Intan Baiduri dimana 30 orang murid (Duta) yang terdiri daripada 27 lelaki dan 3 perempuan tahun 3 hingga 5 yang terpilih, serta Guru  Penyelaras DMH masing-masing telah dilatih cara-cara mengendalikan peralatan robotik dan pemprograman menggunakan MRT Scratch.

Program yang dikendalikan oleh Perunding lantikan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu My Robot Time akan diadakan selama 12 siri dengan objektif membentuk satu pasukan digital yang mantap dan menjadi pemangkin kepada pergerakan digital khasnya di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Malaysia amnya.

Turut hadir memberi sokongan adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria; GPK Tadbir dan Kurikulum SK Intan Baiduri, Puan Norizan binti Mahmud serta Pengarah Pembangunan Perniagaan My Robot Time Asia Dr Srinath Devaraj.

Semoga usaha yang dimulakan oleh PIBG SK Intan Baiduri sejak 2016 ini akan dapat melengkapkan lagi inisiatif STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Art, Mathematic) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Alaf 21 di SK Intan Baiduri serta membudayakan penggunaannya ke seluruh Malaysia dengan visi memperkukuhkan Kemenjadian Murid serta Pemerkasaan Guru.

 

 

 

Info

Info