PROGRAM E-BANDARAYA
BERSAMA
YAYASAN BANK RAKYAT
DAN
PERSATUAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA PRIHATIN SENTUL
Dewan Intan Baiduri, 2hb Mac 2016 - Satu majlis ramah mesra bersama Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin Sentul (PIPS) telah dianjurkan oleh PIBG SKIB di Dewan Intan Baiduri SK Intan Baiduri bersama murid-murid tahap 2.
Objektif penganjuran adalah untuk meraikan YBR dan PIPS sempena terjalinnya kerjasama dengan PIBG SKIB untuk tahun ke-2 dalam Program e-Bandaraya. Turut dijemput adalah wakil Bank Rakyat cawangan Selayang yang sentiasa membantu PIBG SKIB dalam memudahkan pembukaan akaun Bank Rakyat oleh murid-murid tahun 6 yang ingin menyertai Program e-Bandaraya.

Program berakhir dengan YBR menyampaikan sumbangan id i-Learn yang berharga RM10,000 untuk 27 murid tahun 6 yang menyertai Program e-Bandaraya pada tahun ini. PIBG SKIB juga turut menyampaikan cenderhati sebagai tanda penghargaan kepada Puan Zatul yang mewakili YBR, En Zainoddin yang mewakili PIPS serta En. Rosli @ Rosdi bin Rashid, Ketua Unit Pembiayaan, Bank Rakyat cawangan Selayang.
Turut hadir antara tetamu jemputan adalah Tn Hj Shafiei bin Mohd Nor, Guru Besar SK Sentul 1 yang juga mantan GPK SKIB.