Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
Bandar Baru Selayang, 14hb Januari 2016 - Satu Majlis Perpisahan Guru-Guru telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru SKIB untuk meraikan 4 guru yang telah berpindah ke sekolah lain iaitu   Cikgu Ekhwanul Bin Tajudin ke SK Sentul 1, Cikgu Noridayu Bt Shariff ke SK St Mary, Cikgu Rujhan Bin Mohd Noor ke SK TTDI 1 dan Cikgu Siti Habsah Bt Maidin ke SK La Salle Jinjang 1.


Majlis pada pukul 2.30 petang di Restoran Maharaja Steambot itu telah dimulakan dengan jamuan makan tengahari. Selepas seketika, pengacara majlis menjemput keempat-empat guru untuk memberi ucapan perpisahan.


Majlis diakhiri dengan pemberian cendermata dari pihak Guru-Guru, PIBG serta Restoran Maharaja Steambot kepada keempat-empat guru tersebut sebagai tanda penghargaan atas khidmat yang telah diberikan. PIBG mendoakan mereka sukses dalam persekitaran baru ini.


 

Fotografi Oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info