Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KPI INISIATIF PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) 2015


         KPI 1: Peratus sekolah yang mencapai purata kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti utama sebanyak 65 peratus dan ke atas :
1.      Hari Pendaftaran Tahun 1
2.      Hari Penetapan Target
3.      Hari Mesyuarat Agung PIBG
4.      Hari Pelaporan
5.      Hari Sukan
6.      Hari Anugerah Cemerlang

DEFINISI : IBU BAPA/PENJAGA
-sama ada salah seorang ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-dua ibu bapa
-jika ibu bapa mempunyai lebih dari seorang anak, maka pengiraan dikira sekali sahaja

DEFINISI : KEHADIRAN
sama ada salah seorang ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-dua ibu bapa yang hadir dalam 6 aktiviti yang telah ditetapkan sekolah

Kaedah Pengukuran :
a.       Bilangan ibu bapa/penjaga Tahun 1 yang hadir
            Jumlah keseluruhan ibu bapa/penjaga Tahun 1

b.      Bilangan ibu bapa/penjaga Tahun 6 yang hadir
Jumlah keseluruhan ibu bapa/penjaga Tahun 6

c.       Bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir
Jumlah keseluruhan ibu bapa/penjaga

d.      Bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir
Jumlah keseluruhan ibu bapa/penjaga

e.       Bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir
Jumlah  ibu bapa/penjaga murid yang mengambil bahagian

f.       Bilangan ibu bapa/penjaga penerima anugerah yang hadir
Jumlah keseluruhan ibu bapa/penjaga penerima anugerah yang hadir

A + B + C + D + E + F  X 100
      6




         KPI 2: Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG / sekolah :
1.      Program Akademik
2.      Infrastruktur dan Keceriaan Sekolah
3.      Program Kerohanian
4.      Program Kokurikulum
5.      Bimbingan Kerjaya, Motivasi dan Disiplin Murid

Kaedah Pengukuran :

Bilangan sukarelawan ibu bapa/penjaga yang aktif di sekolah  X  100

Jumlah ibu bapa/penjaga di sekolah

Info

Info