Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SKIB, 23 Januari 2016 - Pada hari ini, sempena Hari Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada 1 Februari 2016, pihak PIBG telah mengambil inisiatif memasang 32 helai bendera Wilayah Persekutuan di persekitaran hadapan sekolah untuk menyemarakkan semangat patriotik murid serta menggalakkan mereka untuk memahami erti Hari Wilayah itu.




Pemasangan itu juga telah mendapat bantuan dari Alumni SKIB 2013, saudara Aiman Zaifulsham yang kini sedang belajar di SMK Agama KL.

Nota : 12 helai bendera Wilayah Persekutuan (bersaiz 2 X 4) telah disumbangkan oleh DBKL Cawangan Batu.

Info

Info