Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)

Hari Orientasi Tahun 1, 2016

Dewan Intan Baiduri, SKIB - Pada hari Khamis, 31hb Disember 2015 telah dilaksanakan program pertama untuk tahun 2016, iaitu Hari Orientasi Tahun 1.

Objektif program adalah untuk memperkenalkan murid-murid tahun 1 terhadap suasana budaya sekolah, serta memberi taklimat kepada ibu bapa dan murid-murid tentang peraturan sekolah dan waktu persekolahan.

  

Program dimulakan pada pukul 9 pagi untuk pendaftaran ibubapa/penjaga. Selepas pendaftaran, murid-murid tahun 1 berkumpul untuk menjalani ujian pengesanan di kelas. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pembelajaran murid-murid serta memudahkan tugas guru untuk membahagikan murid-murid pada kelas yang bersesuaian.

Sambil murid-murid menjalani ujian, ibu bapa pula telah diberi taklimat. Selepas bacaan doa, YDP PIBG SKIB sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memberi ucapan alu-aluan kepada ibu bapa. Beliau menerangkan kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PIBG untuk membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi murid.

 

Kemudian, Guru Besar Cemerlang, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad memberi penerangan mengenai maklumat dan perjalanan sekolah. Seterusnya, penerangan disambung oleh Jururawat Kementerian Kesihatan serta GPK HEM, Pn Sakinah Awang yang menerangkan peraturan dan prosedur yang perlu diikuti oleh ibu bapa.


Akhir sekali, acara simbolik telah diadakan iaitu acara penyerahan amanah oleh ibu akan anaknya, murid tahun 1 kepada Guru Besar.  Selepas ujian pengesanan tamat, pihak sekolah mengumumkan kedudukan kelas murid-murid kepada ibu bapa masing-masing. Program tamat pada pukul 12 tengahari.


Fotografi oleh Cikgu Adeline Cheng

Info

Info