Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
REKREASI MINGGUAN

4 Mac 2017 - Mulai hari ini, setiap sabtu (tertakluk pertindihan aktiviti sekolah dan cuti) pukul 2 petang - 5 petang akan berlangsung di dataran SK Intan Baiduri program Rekreasi Mingguan yang dianjurkan oleh PIBG SK Intan Baiduri. Program ini akan berlangsung selama 8 bulan iaitu mulai bulan Mac 2017 hingga Oktober 2017.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan murid (tahun 1 hingga tahun 6) kepada beberapa jenis sukan dan riadah dengan latihan yang betul. Ia juga dapat mengisi masa hari minggu mereka bersama keluarga untuk keluar bersenam dan bersosial secara sihat. Dengan latihan yang teratur, diharapkan peserta menjadi lebih berkeyakinan, berdisiplin serta menunjukkan bakat agar dapat di kenalpasti untuk mewakili sekolah. 

Terdapat 3 kategori yang dijalankan iaitu :
  1. Sukan - Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, Sepaktakraw dan Bola Tampar.
  2. Riadah - Catur, Kompang, Ukulele, Tarian.
  3. Memanah
Untuk Kategori 1 dan 2, peserta cuma perlu bayar pendaftaran sahaja, manakala bayaran bulanan adalah percuma. Untuk Kategori 3, peserta perlu bayar pendaftaran serta bulanan. Ini adalah kerana jurulatih luar dan peralatan disediakan.

Pada hari ini, lebih 60 peserta dari kalangan murid dan ibu bapa turut sama. Seramai 12 peserta telah menyertai memanah manakala selebihnya menyertai sukan dan riadah. Para peserta di beri tunjuk ajar oleh 7 jurulatih memanah Panah Legenda, manakala 6 alumni SK Intan Baiduri telah membantu untuk melatih Sukan dan Riadah.

 

 

 
  
 



 


Semoga program ini akan sentiasa mendapat penyertaan menggalakkan setiap minggu dari murid, ibu bapa dan komuniti sekitar. 

Nota - Jika ada sebarang perubahan pada jadual, sila rujuk kepada blog PIBG SK Intan Baiduri.

Info

Info