Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KONGRES KEBANGSAAN STEM
ANJURAN MAJLIS PROFESOR NEGARA

21 - 22 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsungnya Kongres Kebangsaan STEM 2017 yang dianjurkan oleh kluster Sains dan Matematik di bawah Majlis Profesor Negara. Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie Shah Alam, ianya mengumpulkan para pemegang taruh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta rakan-rakan korporat.



SK Intan Baiduri telah diberi pengiktirafan oleh JPWPKL dengan menjemput Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria untuk menyertai rombongan seramai 28 peserta (26 peserta jabatan / sekolah manakala 2 peserta PIBG) yang mewakili JPWPKL dalam menghadiri kongres tersebut.


  

Perjumpaan bersama Prof. Dato' Dr Noraini Binti Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Pengerusi National STEM Movement. Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Haji Ahmad Zakaria telah menyampaikan cendermata atas jasa National STEM Movement yang telah banyak membantu SK Intan Baiduri dalam memperkenalkan sains di sekolah sejak 2016 lagi. Penyampaian cendermata ini dibuat sempena Majlis Penghargaan Rakan Komuniti dalam program Sambutan Hari Sains Sedunia di SK Intan Baiduri pada 17 November 2017 dimana Prof tidak dapat hadiri atas pertindihan program lain.

Kongres yang bertemakan Ke Arah Memartabatkan Kerjaya dan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Sains dan Teknologi telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.



Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh JPWPKL akan menaikkan lagi nama SK Intan Baiduri sebagai hab pembelajaran abad ke 21.

Info

Info