Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)

PROGRAM 2 HARI PLANETARIUM NEGARA
SPACE CAMP @ SK INTAN BAIDURI

6 - 7 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsung selama 2 hari Program Planetarium Negara Space Camp @ SK Intan Baiduri di persekitaran sekolah SK Intan Baiduri. Seramai 140 murid tahun 4 dan 5 telah menjadi peserta program manakala hampir 40 murid tahun 6 bertindak sebagai fasilitator dan ahli jawatankuasa.


 

 

Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana kumpulan-kumpulan ini menjalani 5 aktiviti ( Galaxy, Sundial, Comet, 3D matahari dan DIY Constellation) secara pusingan. Terdapat 2 lagi aktiviti juga dilaksanakan iaitu aktiviti utama - Pembinaan dan Pelancaran Roket serta aktiviti bebas - Pencerapan Matahari. Untuk mempertingkatkan persaingan antara kumpulan, pertandingan juga diadakan dimana 3 kumpulan terbaik yang mendapat markah terbanyak dari segi ketepatan masa, disiplin dan kebersihan serta roket paling jauh akan mendapat hadiah hamper.


 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 8 pegawai Planetarium Negara yang diketuai oleh Puan Rahayati Binti Ali, Penolong Pegawai Sains kerana sudi datang bertungkus lumus menjayakan semua aktiviti. Tak lupa juga Encik Zulhibabullah  Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara kerana telah bersetuju meluluskan program ini.

Tahniah juga kepada para guru SK Intan Baiduri yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie Binti Omar kerana telah berjaya melaksanakan program dengan jayanya.

Info

Info