Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2017

10 November 2017 - Pada hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Kanak-Kanak 2017 peringkat sekolah SK Intan Baiduri. Tema pada tahun ini adalah 'Rentas Budaya'. Objektifnya adalah untuk menyemai kepada anak-anak akan semangat perpaduan merentasi budaya dan amalan kemasyarakatan yang pelabagai.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pengawas dan seterusnya gimik perasmian iaitu kemunculan watak kartun tv tempatan yang terkenal, Awang Khenit dan Badang. Kemunculan Awang Khenit dan Badang diselang-selikan dengan persembahan murid.


 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas rehat, penyampaian hadiah dan sijil dimulakan dengan :
  1. Penyampaian Sijil Penyertaan Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Negeri 2017 oleh Ibu Bapa murid sendiri kepada anak masing-masing
  2. Penyampaian Hadiah Zero Salah Laku
  3. Penyampaian Hadiah Pakaian Rentas Budaya
Dua orang murid juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.
  1. Tokoh Kanak-kanak Lelaki : Muhammad Hazim bin Arif (6 Berlian)
  2. Tokoh Kanak-kanak Perempuan : Airin Farahanie binti Sharul Nizam (6 Berlian)
 

 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan syabas kepada murid yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dan juga kepada Jawatankuasa Pelaksana kerana menjayakan majlis dengan lancarnya.

Semoga dengan adanya pengiktirafan sebegini dapat menaikkan semangat anak-anak untuk lebih berjaya pada tahun akan datang.

Info

Info