Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PESANAN UNTUK IBUBAPA

5 April 2017

Sekadar bertanya.. 

Wajarkah pelajar tahun 1 diminta mengutip sumbangan? 
Penjelasan : Semestinya tidak wajar. Ibubapa/Penjaga perlu prihatin syarat-syarat yang ditetapkan di kad kutipan. Hanya ibubapa/penjaga yang boleh kutip. Namun, anak-anak boleh dibawa bersama untuk pendidikan mereka.

Fahamkah mereka kaedah dan tujuan kutipan tersebut? 
Penjelasan : Penerangan telah dan sentiasa akan diulang oleh guru di sekolah sepanjang tempoh kutipan. Namun digalakkan ibubapa/penjaga sentiasa memperingati anak-anak. Diulang, kutipan perlu dibuat oleh atau bersama ibubapa/penjaga.

Sanggupkah ibubapa melepaskan anak2 meronda mengutip sumbangan?? 
Penjelasan : Diulang kutipan perlu dibuat oleh atau bersama ibubapa/penjaga. Didiklah anak tentang tertib persekitaran.

Bila disogokkan dgn ganjaran yg mcm2 anak2 mula meragam dan mengamuk bila x dpt kutipan. Saya pun dah mula naik angin bila anak mengamuk minta duit ni.
Penjelasan : Hadiah yang disediakan bukan untuk sogokan, tetapi sebagai insentif.

Ibubapa/penjaga perlu memahami motif disebalik kutipan ini. PIBG dan sekolah tidak mengutamakan keuntungan dari segi kewangan. Sbb itu ianya adalah sumbangan, tidak wajib dan tiada kutipan minima.

Yang penting adalah keberhasilan murid dari segi  JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial) yang :
1. Menggalakkan minat dalam matematik iaitu mengira.
2. Merangsangkan semangat keusahawanan.
3. Melahirkan sikap bertanggungjawab dan memahami ikhtiar hidup.
4. Membentuk pemikiran kreatif dan beradab.
5. Meningkatkan kemahiran bersosial.
6. Merapatkan ukhwah kekeluargaan dan persaudaraan.

KESIMPULANNYA, dunia berkembang pesat. Anak-anak ini dilahirkan dalam abad ke 21 dimana ilmu terletak dihujung jari. Kini, anak-anak telah dilatih ibubapa sejak dalam kandungan lagi. Biar lentur dari rebung. Bila sudah masuk alam sekolah menengah, anak-anak ini sudah ada pemikiran sendiri. 

Jangan biarkan anak-anak ini tercicir mencari ilmu tak kira usia. Jangan sesal kemudian. Dalam zaman serba maju ini, kita sebenarnya perlu menyediakan anak-anak untuk persekitaran yg belum wujud lagi pada waktu mereka dewasa. Bayangkan, dulu kita berutus surat atau setidaknya emel. Sekarang anak kita tahu whatsapp je. Bila sampainya mereka dewasa, ntah-ntah whatsapp pun dah ketinggalan zaman.

Jangan harapkan anak-anak ini seperti zaman kita dulu. Biar lepas menengah, biar lepas universiti, baru nak fikir halatuju masing-masing.

Mulakan dari sekarang. Biar kita penat, insyaallah hasilnya akan memanfaatkan kita juga di kemudian hari. Anak itu adalah permata. SILA AMBIL PEDULI.

Bawalah bersama-sama keluarga untuk melihat Karnival STREAM. Karnival ini bukan sahaja untuk berseronok tetapi pendedahan ilmu. Kita ada pempamer dari Fakulti Sains UPM, ASWARA, robotik, kangaroo math dan macam-macam lagi. Sertailah bengkel dan timba ilmu untuk anak-anak juga.

PIBG dan sekolah telah menjalankan tanggungjawab. Lihatlah di blog sekolah skintanbaiduri.blogspot.my dan pibg skintanbaiduripibg.blogspot.my. Bermacam-macam aktiviti dan ilmu disediakan untuk anak-anak anda juga. ANDA BAGAIMANA ?

Dekatilah sekolah. Kami sedia membantu.

Zaifulsham Ahmad Zakaria
Yang Di Pertua PIBG SK Intan Baiduri

Info

Info