Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MINI KARNIVAL PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PIBK WPKL 2017

24 Ogos 2017 - Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah menganjurkan Mini Karnival Perkongsian Amalan Terbaik PIBK WPKL 2017 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL.



SK Intan Baiduri telah diberi penghormatan untuk turut membuat pameran akan amalan PIBK di sekolah. Ini juga merupakan pertama kali bagi PIBG SK Intan Baiduri untuk mengadakan pameran luar sekolah. Pasukan pameran yang diketuai oleh Guru Besar, Tn Hj Ahmad Fuad Bin Hj Ahmad dan YDP PIBG, En Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria, turut terdiri daripada GPK HEM Pn Sakinah Binti Awang @ Umar, Penyelaras Sarana Pn Norazwa Binti Mohamad Hanif, Unit Bimbingan & Kaunseling Pn Ezalinda Binti Zakaria serta rakan komuniti BRAINet (M) Sdn Bhd.




 

 

 

Secara keseluruhannya, objektif sekolah untuk mempamerkan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) telah tercapai. Lebih-lebih lagi dengan penyertaan aktif rakan komuniti BRAINet dalam mempersembahkan amalan STEM yang akan diterapkan di SK Intan Baiduri. Fokus terhadap STEM ini adalah bertepatan kerana tapak pameran SK Intan Baiduri telah mendapat banyak pertanyaan dan pengumpulan maklumat dari guru-guru serta murid-murid yang hadir.

 

 

Tapak Pameran SK Intan Baiduri turut juga dilawati oleh Pengarah JPWPKL yang baharu iaitu Pn Rusni Binti Ab. Jalil serta pegawainya samada peringkat negeri mahupun zon. 

Semoga sokongan yang telah diberikan oleh Puan Pengarah atas usaha PIBG dan pentadbir SK Intan Baiduri mendokong S.T.R.E.A.M. akan menjadi perintis kepada mana-mana sekolah untuk mengambil SK Intan Baiduri sebagai sekolah rujukan.


Info

Info