Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2019

2 Januari 2019 - Pagi ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2019. Suasana hari pertama amat meriah sekali dengan murid tahun lepas bergembira untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan mereka, manakala murid yang baharu masuk pula kelihatan tenang dengan diiringi oleh ibu bapa masing-masing.

Hari pertama bermula dengan perhimpunan murid bersama pentadbir dan guru di Dewan Seri Intan Baiduri. Taklimat disampaikan oleh Guru Bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Rohayati binti Ghazali. Taklimat lebih kepada menjurus kata-kata aluan hari pertama serta penerangan mengenai peraturan sekolah.

Semoga dengan kelancaran hari pertama ini akan menjadi permulaan yang baik bagi warga SK Intan Baiduri untuk menghadapi cabaran tahun 2019.

 

 

Info

Info