Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
STEM EXPLORACE PUTRAJAYA

12 Januari 2019 - Kesinambungan kepada kecemerlangan program dan aktiviti STREAM tahun lepas, maka pada pagi ini adalah penyertaan pertama bagi tahun 2019 oleh STREAM Learning Centre PIBG SK Intan Baiduri (SLiC @ SK Intan Baiduri) bersama Persatuan STEM SK Intan Baiduri dalam menyertai Pertandingan STEM Explorace Putrajaya yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Pasukan SK Intan Baiduri yang diterajui oleh Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar telah menghantar 20 orang murid tahap 2 dengan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Penyertaan pertama ini adalah pengenalan untuk pemilihan SK Intan Baiduri dalam membentuk 30 orang murid dalam pasukan utama sebagai Duta Penggerak Digital Maker SK Intan Baiduri. 

Dengan pengalaman yang diperolehi hasil dari penyertaan ini, diharapkan murid-murid yang baharu menyertai aktiviti STEM akan mendapat peluang mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk pembelajaran mereka di sekolah.

Jutaan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Sathiabama T. Thirugnana dan Encik Ramesh Pillai dari Malaysia Association of Creativity & Innovation (MACRI) atas sokongan berterusan mereka kepada kami dalam menjayakan program Kemenjadian Anak-Anak SK Intan Baiduri. 



 

 

 

 

 

Info

Info