Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2019

28 Disember 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Hari Orientasi Murid Tahun 1 bagi tahun 2019. Antara Objektif program adalah memperkenalkan murid tahun 1 terhadap suasana budaya sekolah, memberi taklimat kepada ibu bapa, memperkenalkan guru tahun 1 serta mewujudkan nilai kemesraan antara guru dan murid.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan pendaftaran ibu bapa / penjaga. Seterusnya, pada pukul 9.30 pagi, murid telah diarahkan untuk masuk ke kelas masing-masing manakala ibu bapa berada di dewan untuk taklimat. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Azwadi bin Maktar diikuti dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria. Beliau seterusnya memberi penerangan mengenai PIBG SK Intan Baiduri.

Taklimat seterusnya dilaksanakan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum, Puan Norizan binti Mahmud yang menerangkan perihal sekolah, manakala Guru Bimbingan & Kaunseling, Cikgu Ezalinda binti Zakaria pula menyampaikan perihal Hal Ehwal Murid serta aktiviti kaunseling.

Majlis berakhir dengan sesi serahan buku teks serta urusan pembayaran dan pembelian buku teks.

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info