Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
CIKGU SAKINAH BINTI AWANG @ UMAR
( 2014 - 2018 )

10 Januari 2019 - Pada hari ini, sebelum waktu persekolahan berakhir, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih untuk Cikgu Sakinah binti Awang @ Umar. Majlis ini sempena meraikan kenaikan pangkat beliau seterusnya perpindahan beliau ke sekolah baharu SK Kg Batu. Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria.

Majlis telah diserikan dengan ucapan terima kasih daripada GPK Tadbir & Kurikulum, Cikgu Norizan binti Mahmud, mewakili Guru Besar yang masih dalam cuti sakit, dan juga ucapan perpisahan dan kata-kata nasihat terakhir daripada Cikgu Sakinah sendiri. Seterusnya, diadakan acara pemotongan pulut kuning oleh beliau dan suapan daripada setiap pentadbir. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan bersalaman oleh setiap murid dan guru SK Intan Baiduri.

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info