Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
HARI INOVASI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN (FRIM) 2018

4 Oktober 2018 - Hasil daripada kerjasama komuniti yang telah dijalinkan oleh PIBG SK Intan Baiduri bersama FRIM sebelum ini, pada hari ini, pihak FRIM telah menjemput sekolah untuk menghantar peserta ke Hari Inovasi FRIM yang diadakan di FRIM, Kepong.

SK Intan Baiduri telah menghantar 8 orang murid tahun 5 yang diketuai oleh Cikgu Ezalinda binti Zakaria dan dibantu oleh Puan Azian binti Samin dan Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal. Turut hadir mendengar taklimat oleh pegawai FRIM adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad.

Kami mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas layanan terbaik yang diberikan serta pemberian cenderhati kepada rombongan ini. Semoga dengan pendedahan sebegini dapat membuka minda kepada para murid untuk memulakan projek inovasi di sekolah pula. 


 

 

 

 

 

 

  

Info

Info