Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PERTANDINGAN EKSPLORASI BAHASA 
SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

20 Oktober 2018 - Tahniah diucapkan kepada adik Faris Hazmi bin Khalid, Muhammad Alif Safwan bin Azlan dan Ikram Baihaqi bin Hasnan kerana telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Eksplorasi Bahasa anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bahasa dan Pustaka sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 




 

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga kemenangan ini akan menjadi inspirasi kepada murid SK Intan Baiduri yang lain untuk terus mencapai kejayaan dalam  peringkat kebangsaan.

Info

Info