Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018
DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 15 SK INTAN BAIDURI

16 Ogos 2018 - Buat julung kalinya, SK Intan Baiduri telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018 dan Sambutan Ulangtahun ke 15 SK Intan Baiduri secara besar-besaran dengan pelibatan luar daripada ibu bapa dan komuniti yang terdiri daripada 6 kontinjen iaitu Pancaragam SMK St Mary, SK St Mary, Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam Sentul dan Warga Emas (Dasar Warga Emas Negara) dari PPR Intan Baiduri.

 

 

Turut hadir adalah Guru Besar SK St Mary Cik Ngan Wai Fun, Mantan GPK HEM iaitu Guru Besar SK Sentul 1 Tuan Haji Shafiei bin Mohd Nor, Mantan GPK Kokurikulum Puan Fazilah binti Megat Kashim, Mantan GPK Tadbir & Kurikulum Tuan Haji Mohd Fauzi bin Ripin.

 

 

Majlis dimulakan dengan perarakan kenderaan masuk tetamu jemputan dan pentadbir sekolah. Ketibaan Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad telah disambut dengan nyanyian lagu sekolah dan diikuti dengan pemeriksaan Barisan Pasukan Unit Beruniform.

 

 

 

 

 

 

Seterusnya lintas hormat perarakan dimulakan oleh kontinjen setiap kelas tahap 1 SK Intan Baiduri, kontinjen SK St Mary, Kontinjen Berbasikal SK Intan Baiduri, Kontinjen PDRM, JPAM dan diakhiri oleh Bomba. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Adik Alif Safwan dan laungan kemerdekaan yang dipimpin oleh Adik Anbuseran. 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis turut diserikan dengan ucapan Penyelaras Program, Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz dan ucapan daripada guru besar yang seterusnya melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan & Ulang Tahun ke 15 SK Intan Baiduri. Sebagai acara penamat, beberapa persembahan disajikan oleh Pancaragam SMK St Mary, Pasukan Rentak Tari SK Intan Baiduri serta Pasukan Nyanyian Murid Tahun 6. Tak dilupakan penyampaian cenderhati kepada warga emas yang hadir oleh murid Pembimbing Rakan Sebaya dari Unit Bimbingan & Kaunseling, serta kontinjen jemputan oleh Guru Besar dan YDP PIBG SK Intan Baiduri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis berakhir pada pukul 10 pagi. Sebelum berangkat ke Bilik Jamuan, para tetamu dijemput ke Tembok Mural Tapak Tangan untuk meninggalkan cop tapak tangan masing-masing sebagai kenangan sempena Ulang Tahun ke 15 penubuhan SK Intan Baiduri, manakala murid dibenarkan untuk meninjau pameran kenderaan statik oleh PDRM, JPAM dan Bomba.

Seterusnya, selepas rehat, pihak sekolah turut membuat pertandingan dalaman seperti koir, kuiz sejarah kemerdekaan dan pertunjukan fesyen guru. Semoga dengan terlaksananya majlis sebegini, akan dijadikan penanda aras untuk masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info