Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

9 Mac 2018 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah SK Intan Baiduri. Program ini diadakan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah seperti menyambut kedatangan murid di pintu masuk sekolah pada setiap pagi. Untuk memeriahkan lagi majlis, PIBG SK Intan Baiduri turut menjemput Rohana @ Ana Solehah dari Ana Muslim Sdn Bhd.

 

 

Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Intan Baiduri telah dimulakan dengan bacaan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Haji Ahmad. Kemudian, kuiz diadakan untuk mengukur tahap kefahaman murid akan perutusan tersebut dengan setiap jawapan betul akan diberikan hadiah yang disumbangkan oleh Jabatan Komunikasi.

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran iaitu kemunculan Ana Solehah setelah mendengar panggilan dari guru sekolahnya. Ana juga turut menyampaikan kata-kata motivasi menggalakkan murid-murid untuk sentiasa hadir ke sekolah dan menyayangi guru mereka. Ana turut juga menyumbang buku bacaan bernilai RM300.00 kepada Pusat Sumber Sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama guru-guru dan murid-murid mengikut kelas.

Turut hadir adalah YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria. Terima kasih juga diucapkan kepada Milo yang turut hadir untuk mengagihkan air minuman milo pada semua yang hadir.

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info