Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 16
SK INTAN BAIDURI

6 Mei 2018 - Untuk kali ke 16, SK Intan Baiduri telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan pada hari ini di Padang SMK St Mary. Kejohanan anjuran Unit Kokurikulum ini telah berjalan dengan amat meriah dengan tema Rumah Sukan adalah 'Perusahaan Minyak di Malaysia' iaitu Petronas (Rumah Hijau), Shell (Rumah Kuning), Buraq Oil (Rumah Merah) dan Petron (Rumah Biru).

 

 

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Masuk Lintas Hormat Kontigen Rumah Sukan dan disusuli dengan Bacaan Ikrar Kejohanan Sukan oleh Adik Alif Safwan Bin Azlan. Seterusnya, Yang Dipertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria telah memberi Ucapan Perasmian Kejohanan. Beliau mewakili Encik Amilludin Bin Hj Latip, Pengurus Besar Korporat dan Perhubungan Awam, Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd yang tidak dapat hadir pada saat akhir.


 

 

 

 

Seterusnya, Encik Zaifulsham bersama Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad telah memotong pulut kuning untuk menandakan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 16 SK Intan Baiduri. Simbolik pulut kuning ini adalah untuk pra-sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei 2018. Sebanyak 40 Cawan berisi pulut kuning juga telah disediakan untuk dinikmati oleh guru SK Intan Baiduri selepas bertugas. Pulut kuning ini juga merupakan sumbangan dan dihasilkan sendiri oleh ahli PIBG SK Intan Baiduri sendiri iaitu Puan Suhaila binti Musa.


 

 

Perasmian berakhir dengan Perbarisan keluar Kontigen Rumah Sukan, Pemarkahan Rumah Sukan dan diikuti selingan persembahan Kumpulan Senamrobik yang dilatih oleh Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir.

 

 

 

 Acara akhir yang dipertandingkan pada hari ini adalah 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan Tarik Tali. Turut diadakan adalah 2 acara untuk pegawai, alumni dan ibu bapa. Penyampaian medal juga di buat untuk acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru yang telah dijalankan pada awal minggu.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini dapat dijadikan pemangkin untuk kecemerlangan masa hadapan.


 

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih juga diucapkan kepada pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) yang turut membantu melancar serta memeriahkan suasana kejohanan. Antara komuniti yang terlibat adalah Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, Nestle Malaysia Bhd, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan DBKL Cawangan Batu serta para alumni dan ibu bapa dimana Ibu adalah Intan, Bapa adalah Baiduri.

Info

Info