Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
TAHNIAH SK INTAN BAIDURI
KERANA TERPILIH SEBAGAI
#MYDIGITALMAKER CHAMPIONS SCHOOL
 ANJURAN MDEC BERSAMA KPM

17 Mei 2018 - Pada hari ini, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memaklumkan kepada Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad bahawa sekolah telah terpilih sebagai #mydigitalmaker Champions School.



PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan TAHNIAH kepada sekolah kerana terus menerus mendapat kepercayaan serta dapat menerapkan STEM dalam Pembelajaran Abad Ke (PAK) 21 murid dan guru SK Intan Baiduri.

Program mencari 20 sekolah seluruh Malaysia untuk dipilih sebagai hub digital maker telah bermula sejak bulan Mac 2018. Sebanyak 80 sekolah seluruh Malaysia telah memohon dan 22 sekolah telah dipilih oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada Bahagian KPM, JPN dan MDEC selepas melalui beberapa peringkat penapisan. SK Intan Baiduri merupakan satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terpilih.

Kejayaan menjadikan SK Intan Baiduri sebagai Hub Digital Maker adalah salah satu usaha PIBG SK Intan Baiduri bersama sekolah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada warga SK Intan Baiduri untuk mendapatkan ilmu pembelajaran dan pengajaran yang terbaharu.

Bermula sejak 2016, PIBG SK Intan Baiduri telah menggorak langkah membawa warga SK Intan Baiduri keluar dari kepompong sekolah dengan lawatan hands-on ke Agensi Nuklear Malaysia, Chumbaka Cyberjaya, Lego Robotic YBR dan Google Malaysia.


 

 

Seterusnya 2017, PIBG SK Intan Baiduri telah membawa program-program STEM terus ke sekolah dengan kerjasama Planetarium Negara, STEM UPM dan mengadakan Karnival STREAM yang pertama.


 

 

 

 

 

Dipenghujung bulan November 2017, PIBG SK Intan Baiduri telah memanjangkan langkah dengan penubuhan Makmal Tenaga Hijau (dengan kerjasama BRAINet (M) Sdn Bhd) yang secara langsung menjadi hub pertama untuk Pusat Pembelajaran STEM (STEM Learning Centre - SLiC), PIBG SK Intan Baiduri. Dengan kini adanya Hub Digital Maker dibawah pengawasan MDEC, diharapkan warga SK Intan Baiduri terus memacu ke hadapan menjadi Creator atau Pencipta, selari dengan dasar Revolusi Industri ke 4.


 

 

 

* Maklumat Champions School boleh rujuk melalui link ini : https://www.mydigitalmaker.com/programmes/mydigitalmaker-champion-schools

Info

Info