Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI GURU SK INTAN BAIDURI 2018

16 Mei 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SK Intan Baiduri 2018 dengan tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Walaupun sibuk dengan program-program sebelum ini dan juga bermulanya puasa pada esok hari, yang menyebabkan persediaan untuk sambutan adalah terhad, namun majlis telah dapat dijayakan dengan sederhana tetapi meriah.

Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru ke Dewan Seri Intan Baiduri.Turut mengiringi adalah YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah sudi untuk membaca Perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah KPM. Seterusnya, Ketua Murid Adik Alif Safwan bin Azlan telah menyampaikan ucapan terima kasih cikgu. Ini diakhiri dengan bacaan ikrar oleh guru dan nyanyian lagu 'Guru Malaysia'. Aturcara seterusnya adalah bacaan yaasin dan tahlil beramai-ramai serta persembahan Kumpulan Nasyid Soutu Ar-Raudhah SK Intan Baiduri dan nyanyian lagu terima kasih cikgu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum berakhir, turut disambut adalah Hari Ulangtahun Guru Besar SK Intan Baiduri yang jatuh pada hari yang sama. Majlis Sambutan kemudian berehat sebentar pada waktu rehat murid dan bersambung dengan acara permainan guru dengan murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PIBG SK Intan Baiduri mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru SK Intan Baiduri serta guru sekolah-sekolah di Malaysia. Semoga jasamu cikgu akan tetap kami kenang selama-lamanya.

* Nota : Oleh kerana kekangan masa serta kesibukan para guru dengan program-program sekolah yang perlu dilaksanakan, Program Hari Guru oleh PIBG SK Intan Baiduri ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Info

Info