Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZALIHA BINTI OTHMAN

27 Julai 2018 - Pada hari ini, pihak sekolah SK Intan Baiduri telah mengadakan Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Zaliha Binti Othman dengan penuh gemilang. Majlis ini dijalankan awal kerana beliau akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dan hari ini adalah hari terakhir beliau akan berada di sekolah sebelum beliau terus bersara selepas menunaikan haji.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali ( 2000, 2005 dan 2017), beliau yang telah berkhidmat selama 13 tahun di SK Intan Baiduri sejak tahun 2005, telah diraikan mulai 8.30 pagi dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk menghargai pengorbanan beliau selama ini dalam menyumbang tenaga mendidik anak-anak SK Intan Baiduri untuk cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sambutan berakhir pada pukul 12 tengahari dengan majlis 'Clock Out' bagi kali terakhir. PIBG SK Intan Baiduri melalui wakil Puan Norshamsiah binti Shamsuddin turut menyampaikan sumbangan penghargaan berbentuk plak dan hadiah.

Semoga beliau selamat bersara dan dapat menyempurnakan ibadah haji yang mabrur.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

Info