Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA
KEPADA ANAK YATIM DAN KURANG BERKEMAMPUAN

8 Jun 2018 - Sempena Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2018 yang akan bermula esok serta Sambutan Hari Raya pada 15 Jun 2018, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim dan kurang berkemampuan SK Intan Baiduri pada pagi jumaat yang mulia ini.

Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad, semua Guru Penolong Kanan dan Yang Dipertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.

 

 

  

   

  

Selain daripada ucapan alu-aluan, aturcara dimulakan dengan penyampaian sumbangan tunai dan hadiah yang disediakan oleh Puan Nazimah Bt Abdul Rahman (ibu kepada alumni SK Intan Baiduri) kepada 28 murid Islam dan 12 murid moral. Seterusnya penyampaian duit raya oleh setiap guru kelas kepada anak muridnya dengan disertakan sumbangan makanan Cheezy Bites oleh Puan Siti Mariam binti Zakaria dari Syarikat Byti & Co .

Aturcara berakhir dengan salam beramai-ramai oleh setiap murid dengan semua guru sambil diiringi lagu Selamat Hari Raya.

Semoga ukhwah yang diterapkan dalam majlis ini akan menjadi peringatan kepada setiap murid dan guru agar ianya dapat diteruskan pada masa hadapan.

Info

Info