Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

30 Julai 2018 - Alhamdulillah dan Tahniah untuk adik Muhammad Alif Safwan Bin Azlan kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Bercerita Tahap 2 pada Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan pada pagi ini di SK Kepong Kuala Lumpur.



Syabas juga diucapkan kepada Cikgu Rohayati binti Ghazali dan juga Cikgu Rebecca Anak Nira selaku guru pembimbing serta guru-guru lain yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Insyaallah.... adik Alif Safwan akan mewakili Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan nanti.

Info

Info