Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PROGRAM SEHATI SEJIWA KALI KE 2, 2018

30 Jun 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Program Sehati Sejiwa untuk kali ke 2. Program yang pertama kali disambut pada tahun 2016 telah diadakan semula selepas 2 tahun atas usaha PIBG SK Intan Baiduri dan Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SK Intan Baiduri untuk merapatkan ukhwah antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti.

Terdapat 4 acara telah dirangka untuk dijalankan serentak pada hari ini. Namun acara Mural Tapak Tangan Warga SK Intan Baiduri terpaksa ditangguhkan kerana penyelia acara, Cikgu Mohd Saleh bin Din mengalami sakit mata dan terpaksa dikuarantin. Pengacara Majlis pada hari ini adalah Cikgu Mohd Syakir bin Ahmad Sawal dan Cikgu Ezalinda binti Zakaria.

Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Seterusnya murid mempersembahkan tarian dan nyanyian. Ibu Bapa dan Guru juga turut dijemput untuk berkaraoke sama.


 

 

Sambil persembahan berlangsung, para tetamu menjamu selera yang disediakan. Uniknya jamuan ini adalah setiap meja jamuan telah dibahagikan mengikut Tahun iaitu Tahun 1 menyediakan buah-buahan, Tahun 2 menyediakan minuman, Tahun 3 menyediakan Kuih Muih & Kek, Tahun 4 menyediakan makanan ringan manakala Tahun 5 & 6 menyediakan makanan berat. Kesemua meja jamuan ini dikendalikan oleh murid dengan dipantau oleh guru dan ibu bapa.


 

 

 

 

 

Pada penghujung majlis, Yang DiPertua PIBG telah sudi untuk menyampaikan cenderhati penghargaan kepada Cikgu Pra Sekolah, Puan Hasnirawani kerana beliau akan berpindah ke sekolah lain.



Akhir sekali, pengumuman telah dibuat atas keputusan undian yang dijalankan pada hari selasa sebelumnya dimana murid telah mengundi guru dalam 9 kategori Anugerah Guru yang dipertandingkan. Keputusannya adalah :


KEPUTUSAN ANUGERAH GURU 2018
Anjuran PIBG SK Intan Baiduri

Jumlah Keseluruhan Murid ; 485
Jumlah Murid Keluar Mengundi : 415
Peratus Murid Keluar Mengundi : 86%

Guru Paling Tegas - Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep (53%)
Guru Paling Popular - Ustazah Nur'ain binti Mustafa Kamal (32%)
Staf Paling Popular - Encik Wan Rohaizad bin Wan Zakaria (33%)
Guru Paling Penyayang - Cikgu Ezalinda binti Zakaria (50%)
Senyuman Guru Paling Manis - Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir (31%)
Guru Paling Comel - Cikgu Mujahadah binti Marzuki (35%)
Guru Paling Ceria - Ustazah Masnita binti Md. Ghouse (34%)
Guru Paling Kreatif - Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz (30%)
Guru Paling Sporting - Cikgu Rebecca Anak Nira (26%)


 

 

 

Terima kasih diucapkan kepada Penggerak Utama jawatankuasa program iaitu Puan Mariam, Puan Salwiah, Puan Norshamsiah, Puan Hawa, Cikgu Rebecca, Cikgu Robiatul, Cikgu Nur'ain, para ajk PIBG, guru dan alumni yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga kejayaan program ini dapat menjadi pemangkin kepada warga SK Intan Baiduri bahawasanya ukhwah dan permuafakatan perlu sentiasa dipupuk agar SK Intan Baiduri menjadi sekolah contoh dalam institusi pendidikan kebangsaan.

Info

Info