Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 15

7 Mei 2017 - TAHNIAH diucapkan kepada SK Intan Baiduri terutama kepada Unit Kokurikulum yang diketuai oleh GPK Kokurikulum, Pn Kasmah Binti Ismail kerana telah berjaya melaksanakan Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 15 pagi ini.

Seperti kebiasaannya, PIBG SK Intan Baiduri membantu dalam menyumbangkan makan-minum murid, hiasan rumah sukan, khemah sukan serta perbelanjaan rencam agar program dapat berjalan dengan meriah. Untuk tahun ini, jualan kad Hari Guru dan Aiskrim Dulu-dulu telah dibuat oleh ajk PIBG sendiri untuk memberi kesedaran awal akan ketibaan Hari Guru pada 16 Mei ini serta keuntungan penjualan aiskrim juga disalurkan kembali kepada petugas-petugas kejohanan dengan penajaan aiskrim secara percuma. 


 

Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Masuk Lintas Hormat oleh Keempat-empat Rumah Sukan dan diikuti dengan Bacaan Ikrar Kejohanan. Kemudian Tn Hj Ahmad Fuad Bin Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri telah memberi Ucapan Alu-aluan dan diakhiri dengan Ucapan Perasmian oleh En Wan Mohammad Hafizu Bin Wan Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul yang juga merangkap Pegawai Angkat Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Delima (Merah) kerana telah memenangi 3 pertandingan iaitu Kawad Terbaik, Persembahan Terbaik dan Hiasan Rumah Sukan Terbaik.



Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Nilam (Biru) kerana telah memenangi Juara Keseluruhan.


 


Terima kasih juga diucapkan kepada Ibu Bapa dan Alumni yang telah memberi sokongan menjadi sukarelawan dan menyertai pertandingan yang disediakan.


     

 

  

   

  

 

 

 


Info

Info