Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS ASPRESIASI ALUMNI 2018

28 November 2018 - Pada hari ini, PIBG SK Intan Baiduri dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri telah mengadakan Majlis Aspresiasi Alumni SK Intan Baiduri di Homestay (Surau Lama) Blok D, PPR Intan Baiduri. Objektif majlis adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan pada alumni yang telah menjadi sukarelawan semasa Karnival Sains Ria dijalankan serta merapatkan ukhwah dan merancang untuk aktiviti tahun hadapan.

Turut hadir adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri, Encik Abd. Rashid bin Abd Samad, Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta barisan guru yang memantau alumni SK Intan Baiduri iaitu Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep, Cikgu Mohammad Ikhram bin Aziz dan Cikgu Wan Mohd Syahril bin Wan Abd Rahman.


 

 

 

 

Alhamdulillah lebih daripada 60 alumni telah dapat hadir. Majlis dimulakan dengan jamuan makanan tengahari. Selepas selesai menjamu selera, pengacara majlis menjemput Guru Besar SK Intan Baiduri untuk memberi ucapan. Ianya diikuti oleh ucapan dari Yang DiPertua PIBG dan ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk. 

 

Seterusnya, Yang DiPertua PIBG telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada sukarelawan Karnival Sains Ria. Mengambil kesempatan akan kehadiran semua, 6 orang wakil alumni bersama Guru Besar, Yang DiPertua dan Pengerusi telah duduk semeja untuk berbincang mengenai perancangan aktiviti alumni seterusnya. Majlis berakhir dengan sesi bergambar.


 

 

 

 

 

 

 


Semoga dengan usaha yang telah dirancangkan ini akan menjadi manfaat kepada pelbagai pihak terutama PIBG, sekolah dan alumni serta komuniti PPR Intan Baiduri.

Info

Info