Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUN 6 

21 November 2018 - Setelah selesai Majlis Aspresiasi pada waktu pagi, pada waktu malam pula telah diadakan Majlis Makan Malam Tahun 6 bersama Pentadbir dan Guru Tahun 6. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria dan isteri.

  

 

 

 

 

 

 

 

Majlis yang diadakan secara santai telah dimulakan dengan ucapan Yang DiPertua PIBG. Seterusnya, sambil semua yang hadir menikmati jamuan, murid tahun 6 yang terbahagi kepada 10 kumpulan telah membuat persembahan masing-masing. 

 

 

 

 

 

  

  

 

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua murid termasuk juga guru tahun 6. Namun majlis tidak ditamatkan begitu sahaja. Sempena perpindahan guru Matematik Tahun 6, Cikgu Mohd Halimi bin Mat Dalep pada penghujung tahun ke Melaka, anak-anak tahun 6 secara impromptu telah menyampaikan 3 buah lagu kepada beliau sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas jasa membimbing anak-anak SK Intan Baiduri sepanjang 15 tahun berkhidmat.

  

 

 



Semoga berakhirnya majlis ini akan menjadi kenangan manis kepada semua setelah berpenat lelah sepanjang tahun 2018 untuk mendapat kejayaan yang paling cemerlang.  

Info

Info