Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018

2 November 2018 - Pada hari ini telah berlangsung dengan meriahnya sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Sekolah SK Intan Baiduri 2018.  Tahun ini, penganjur telah menetapkan tema adalah 'Adiwira'. Maka warga SK Intan Baiduri telah digalakkan untuk memakai pakaian adiwira mereka. Turut hadir dalam program ini adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad dan Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria.


 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pengawas SK Intan Baiduri, adik Muhammad Alif Safwan bin Azlan dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad. 

 

 Untuk merancakkan permulaan sambutan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah sudi hadir untuk mengadakan persembahan boneka para pelajar ASWARA dari Fakulti Teater yang bertajuk 'Boboiboy : Misteri Kalung Hilang'. Seterusnya sambutan diserikan dengan persembahan dan pertandingan oleh murid dan guru SK Intan Baiduri iaitu Persembahan Tarian dari Kumpulan Simfoni Rentak Tari, Persembahan Tarian oleh murid pra sekolah, Pertandingan Nyanyian oleh 8 murid tahap 2, Persembahan Dikir Barat oleh murid tahun 6, Pertunjukan Fesyen Pakaian Adiwira oleh guru dan murid.


 

 

 

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad yang diiringi oleh Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria. Tahniah juga diucapkan kepada Adik Faris Hazmi bin Khalid dan Nur Afrina Batrisyia binti Rizal Alhady kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak SK Intan Baiduri bagi tahun 2018.

 

Info

Info