Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
MAJLIS ASPRESIASI TAHUN 6

21 November 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Aspresiasi Tahun 6 dimana murid tahun 6 telah diraikan sempena tamat persekolahan mereka di SK Intan Baiduri. Majlis telah berjalan dengan penuh gemilang dengan pemakaian jubah tamat sekolah dan disaksikan oleh ibu bapa murid masing-masing.

Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham telah sudi hadir dan merasmikan majlis ini. Turut hadir adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad bin Haji Ahmad serta barisan pentadbir dan guru tahun 6.

Aturcara dimulakan dengan  perarakan masuk Yang Dipertua PIBG, Guru Besar, Pentadbir dan Guru Tahun 6 serta diikuti dengan perarakan masuk murid tahun 6. Kemudian tayangan montaj aspresiasi tahun 6 bagi aktiviti 2018 yang dihasilkan oleh PIBG sendiri telah ditayangkan dan mendapat riaksi yang gembira dari murid tahun 6. Seterusnya, pengerusi majlis menjemput Cikgu Mohd Azwadi bin Maktar untuk membaca doa majlis dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Yang DiPertua PIBG.

 

 

 

Kini, tibalah waktu kemuncak dengan penyampaian sijil tamat sekolah oleh Guru Besar SK Intan Baiduri kepada semua murid tahun 6 manakala Yang DiPertua PIBG pula menyampaikan anugerah kecemerlangan pada murid yang terpilih. Murid tahun 6 juga menceriakan majlis dengan membuat persembahan deklamasi sajak serta menyampaikan 2 buah lagu pada guru mereka yang telah banyak berjasa.

 

 

 

 

 

 

 

Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Negaraku. Setelah tamat majlis rasmi, sesi bergambar telah diadakan agar hari ini akan menjadi kenangan kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Intan Baiduri yang terlibat dalam melancarkan majlis dengan penuh gemilang. Semoga majlis ini telah dapat meninggalkan kenangan manis pada semua.

 

 

 
 
 
 

 

 

 
 



Info

Info