Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
PAMERAN TENAGA HIJAU
PERSATUAN STEM SK INTAN BAIDURI
DI MINGGU SAINS NEGARA, DA MEN MALL SUBANG JAYA

7 - 8 April 2018 - Pada 6 - 8 April 2018 telah berlangsungnya Program Minggu Sains Negara 2018 yang telah diadakan di Da Men Mall, Subang Jaya Selangor. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MIMOS, National STEM Movement dan Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI) telah mengumpulkan ramai pempamer dari pelbagai bidang STEM.

PIBG SK Intan Baiduri melalui STEM Learning Centre (SLiC @ Intan Baiduri) dengan Persatuan STEM SK Intan Baiduri turut juga mengambil peluang bersama rakan strategik sekolah iaitu BRAINet (M) Sdn Bhd untuk membuka pameran berunsurkan tenaga hijau selama 2 hari dimana ianya di kendalikan sendiri oleh 7 murid dari pasukan Briged STREAM sekolah. Mengiringi mereka adalah Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Hj Ahmad Zakaria dan Ketua Panitia Sains, Cikgu Mayasari @ Idawanie binti Omar, merangkap penasihat Persatuan STEM SK Intan Baiduri.


 

 

 

 

Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Besar SK Intan Baiduri, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad serta Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Cikgu Sh. Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir.

Objektif mengetengahkan murid-murid ini adalah untuk menerapkan 5 elemen dalam keperibadian mereka iaitu berkeyakinan tinggi, bersifat ingin tahu, kreatif, berani mencuba dan bijak menyoal. Alhamdulillah, mereka telah menggunakan peluang yang ada bukan sahaja untuk mempersembah dan mendemonstrasikan  projek tenaga hijau mereka, malah mereka bergilir-gilir melawat pempamer - pempamer lain untuk mendapat lebih ilmu pengetahuan. 

 

 

 

SK Intan Baiduri juga merupakan satu-satunya pempamer dari sekolah samada rendah atau menengah yang hadir bersama pempamer dari syarikat swasta, korporat, universiti dan agensi kerajaan. Seterusnya, Briged STREAM ini telah menerima jemputan dari Hibiscus International School untuk menyertai pameran Festival STEM mereka pada 21 April 2018.

Semoga dengan pendedahan awal dari peringkat sekolah rendah lagi ini, akan menarik minat anak-anak untuk terus belajar dalam aliran sains dan melahirkan generasi alaf ke 21 yang mencipta. 

Info

Info