Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SEMINAR PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
 BAGI INISIATIF #62:
PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
DALAM EKOSISTEM SEKOLAH (PIBK) TAHUN 2018

11 April 2018 - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Bagi Inisiatif #62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Ekosistem Sekolah (PIBK) Tahun 2018 pada hari ini di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.  Seminar yang bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan dari seluruh Malaysia. 

 
 

Turut hadir adalah Encik Zaifulsham bin Haji Ahmad Zakaria, YDP PIBG SK Intan Baiduri yang telah menerima Watikah Pelantikan sebagai ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (2017-2020) dari YBhg Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan adalah merupakan lantikan daripada Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia. Setakat ini, 85 ahli dari kalangan PIBK yang cemerlang telah terpilih seluruh Malaysia untuk membawa agenda PPPM 2013-2025 di peringkat kebangsaan. Seramai 14 orang telah dilantik dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga, akhirnya dengan penerimaan watikah pelantikan ini serta pengiktirafan KPM terhadap usaha pelibatan PIBG SK Intan Baiduri, dapat merangsangkan lagi pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam persekitaran sekolah.  

Info

Info